Salam,
1. Esok 11 September 2015. Ingatkah kita kepada peristiwa serangan 11 September 2001? Pada hari tersebut, didakwa dua dari empat pesawat Amerika Syarikat yang telah disewa, melanggar bangunan berkembar WTC di New York dan sebuah pesawat lainnya melanggar bangunan Pentagon di Washington sementara pesawat keempat jatuh akibat ditembak oleh senjata penangkis udara. Kesemua tindakan tersebut dituduh sebagai angkara pengganas antarabangsa.
2. Dalam serangan terrorisme terbesar abad ini, bangunan Pusat Perdangan Antarabangsa (WTC) hancur berkeping-keping dan sebahagian bangunan Pentagon musnah. Jumlah yang terkorban mencecah 3,200 orang. Sebaik insiden ini berlaku, kerajaan dan media massa barat terus menuding jari terhadap kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama Ben Laden. Sudah pasti 11 September akan menjadi hari berkabung buat seluruh rakyat Amerika setiap tahun.
3. George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat seperti orang mengantuk disorong bantal terus menjadikan peristiwa ini sebagai alasan paling bernilai untuk menyerang negara-negara Islam dan membunuh ribuan rakyat yang terdiri dari orang awam atas nama memerangi keganasan antarabangsa. Negara pertama yang menjadi sasaran Amerika untuk diserang adalah Afghanistan yang didakwa menjadi sarang perlindungan anggota Al-Qaeda oleh Taliban.
4. Peristiwa ini sesungguhnya telah mengubah lanskap politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa di seluruh jagat raya ini. Namun, apapun alasan dan punca berlaku peristiwa ini tidak lah sepenting iktibar yang boleh diteladani oleh masyarakat antarabangsa khsususnya umat Islam. Yang berlaku telahpun berlaku dan yang berlaku itulah wajar dijadikan pedoman oleh kita. Pelbagai teori konspirasi yang telah dibukukan dan ada yang menjadi bahan perbahasan golongan ilmuan segenap penjuru dunia berhubung perkara ini. Namun, bagi saya, setiap perkara yang berlaku itu mempunyai hikmah yang terselindung jika kita ikhlas untuk belajar daripadanya.
5. Ketika saya ikut serta bertugas dalam rangka lawatan rasmi YAB PM di New York dan Washington, saya sempat meninjau kedai-kedai buku yang sebahagiannya 'dua dalam satu' iaitu tempat minum sambil bersantai dan di dalamnya terdapat buku-buku menarik untuk dibeli. Ketika saya asyik membelek buku mengenai Osama Ben Laden, datang seorang warga Arab yang menetap di Washington bertanya saya kenapa begitu berminat dengan Osama? Jawab saya ringkas kerana beliau adalah simbol perjuangan umat Islam menentang Amerika. Sepantas kilat balasnya, "Osama adalah mesin propaganda ciptaan Amerika! Jangan mudah percaya". Apapun buku tersebut tetap saya beli sebagai kenangan ketika bertugas di sana.
6. Apa yang dapat saya kutip sebagai pengajaran daripada peristiwa ini adalah;
- Jangan mudah percaya terhadap apa juga peristiwa yang berlaku samada dilihat atau didengar. False Flag Operation tidak begitu mudah dikesan oleh 'layman' kerana dirancang dengan rapi oleh pelakunya. False Flag Operation ini biasanya dilakukan oleh pemerintah yang berkuasa di negara tersebut yang kemudiannya direkayasa sedemikian rupa, sehingga menimbulkan anggapan bahwa pasukan pemerintah dijadikan sasaran oleh kelompok tertentu, padahal yang menyerang dan memberontak adalah orang-orang dari pemerintah sendiri. Semuanya bertujuan agar pemerintah mendapat dukungan untuk melancarkan serangan balas dan tidak dipersalahkan. Lantaran itulah dalam sebarang perhimpunan besar-besaran, elakkan daripada terangsang oleh provokasi-provokasi luarbiasa yang kemungkinan besar dilakukan oleh 'agent provocateur' bagi memberi justifikasi tindakan balas oleh pihak berkuasa.
- Sentiasa berwaspada terhadap elemen 'Fifth Column' yang menjadi musuh dalam selimut. Pada bila-bila masa apabila negara asing berhasrat untuk mengambil tindakan termasuk menyerang maka orang asing yang berada dalam negara ini akan digunakan sebagai tentera yang sudah siap sedia membantu negara asal mereka. Ia tidak ubah seperti sejarah "The Wooden Horse", kuda kayu yang dibina oleh orang Greek dan dihadiahkan kepada Troy sehingga akhirnya Greek berjaya menewaskan Troy dengan mudah apabila pintu Kota Troy dibuka oleh askar-askar di dalam kuda kayu itu.
- Kawalan di pintu masuk sempadan negara serta lapangan terbang WAJIB diberi keutamaan tanpa kompromi.
- Pengawasan terhadap sekolah-sekolah penerbangan swasta secara berterusan dan teliti.
- Operasi tapisan halus atau 'positive vetting' bagi setiap petugas dalam organisasi yang berisiko tinggi diresapi oleh elemen-elemen yang mungkin mencetuskan ancaman keselamatan dan memudaratkan negara.
- Sentiasa kritis dan analitis terhadap sebarang maklumat atau berita agar tidak mudah terpedaya yang dirancang oleh agen propagandis bagi memesongkan isu sebenar. Ini termasuklah berita-berita yang disumbat melalui media elektronik, siber dan cetak.
- Tahap kesiap-siagaan pasukan keselamatan negara WAJIB sentaisa berada pada tahap tertinggi. Insiden-insiden yang telah berlaku seperti kes Al-Maunah, pencerobohan di Lahad Datu Sabah dan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian adalah petunjuk bahawa tahap kesiap-siagaan pasukan keselamatan masih memerlukan banyak proses penambahbaikan. Dan paling penting;
- Jangan mudah percaya apa saja yang datangnya dari Amerika kerana Amerika itu adalah Israel Besar dan Israel itu hanyalah Israel Kecil.
7. Banyak lagi iktibar yang dapat kita pelajari daripada setiap peritiwa yang berlaku dan semoga ia akan terus mematangkan rakyat, pemimpin dan juga pasukan keselamatan kita.
Wallahualam

No comments:
Post a Comment